KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Collin Lawrence Sequerah menegaskan tiada keperluan membuat sekatan terhadap pergerakan bekas Perdana Menteri seperti yang dipohon pihak Pendakwa Raya.
Bagaimanapun Collin memberi amaran agar tidak ada pihak yang cuba bertindak mengelirukan mahkamah yang jelasnya, berpotensi dihukum kerana menghina institusi itu.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram hari ini mengemukakan permohonan agar mahkamah mengemukakan amaran dan sekatan kepada Najib yang hadir pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada Sabtu lalu dan mengaitkannya dengan sakit mata yang dialaminya Khamis lalu sehingga perbicaraan ditangguhkan.
Ram atas hujah tersebut memohon agar Najib disekat untuk keluar daripada Kuala Lumpur setiap hari Sabtu dan dalam masa sama melaporkan diri di balai polis terdekat dengan rumahnya setiap jam 9 pagi.
“Mahkamah tidak akan bertoleransi terhadap sebarang usaha mengelirukannya. Kalau ada isu berbangkit, mahkamah tidak teragak-agak untuk menghukumnya sebagai menghina mahkamah.
“Tetapi selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah tidak melihat ada keperluan mengenakan sekatan,” kata Coliin.
Gopal berkata, permohonan tersebut arahan daripada Peguam Negara, Tommy Thomas.
Bagaimanapun peguam bela, Tan Sri Shafee Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Najib meminta penangguhan prosiding pada Khamis lalu berdasarkan surat sakit yang diterimanya untuk sehari sahaja.
Justeru bekas Perdana Menteri itu ke Johor selang sehari kemudian, selepas matanya sembuh. – MalaysiaGazette
Jelas menunjukkan Pendakwaan mempunyai Unsur Politik!!!
Diharapkan Mahkamah juga tidak terkesan dengan Hasutan Politik Yang dimainkan oleh Pihak Pendakwaan!!!