Home Dunia 9 individu yang rapat dengan Ayatollah Ali Khamenei dikenakan sekatan

9 individu yang rapat dengan Ayatollah Ali Khamenei dikenakan sekatan

Steven Mnuchin.. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas sembilan individu yang ada hubungan rapat dengan Ayatollah Ali Khamenei.

Mereka termasuk Ketua Kakitangan, Ketua Perundangan Iran dan anak lelaki Khamenei.

Kebetulan genap ulang tahun ke-40 rampasan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Tehran, Jabatan Perbendaharaan AS berkata, mereka turut menyenaraihitam Jeneral Tentera Bersenjata Iran.

“Hari ini Jabatan Perbendaharaan mensasarkan pegawai-pegawai yang berada di kelilingi Ayatollah Khamenei yang melaksanakan polisi tidak mampan beliau,” kata Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Abbas Mousavi menyifatkan sekatan itu sebagai “tanda keputusan dan ketidakmampuan rejim ini untuk mendapat manfaat daripada pendekatan diplomatik dan logik” kepada isu-isu penting antarabangsa, menurut agensi berita rasmi IRNA.

Hubungan Teheran dan Washington semakin keruh sejak lebih daripada 50 warga AS telah menjadi tebusan di kedutaan itu selama 444 hari.

Ketegangan melanda tahun lalu selepas Presiden Donald Trump menarik balik Amerika Syarikat Perjanjian Nuklear 2015 dan melakukan sekatan semula dengan menghalang Tehran mengeksport minyak dan melaksanakan sekatan lain.

Semasa melaksanakan sekatan, Trump telah cuba membuka pintu untuk diplomasi dan memberi isyarat untuk bertemu dengan pemimpin tertinggi Iran.

Dalam perkembangan berasingan, Jabatan Negara AS mengumumkan ganjaran sehingga AS$20 juta bagi maklumat lokasi hingga membolehkan ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Robert Levinson dapat ditemui.

Kali terakhir Levinson ditemui di Iran.

“Pentadbiran Trump telah membuat penjelasan bahawa Iran mesti membebaskan semua tahanan Amerika yang hilang dan ditahan secara salah. Kami tidak akan berhenti mencari sehingga mereka disatukan kembali kepada keluarga mereka,” kata Setiausaha Negara, Mike Pompeo. – MalaysiaGazette