Home Sukan Saya akan kembali – Casillas

Saya akan kembali – Casillas

LONDON – Penjaga gol Porto, Iker Casillas membayangkan dia akan kembali beraksi selepas berehat sejak 1 Mei lalu akibat diserang sakit jantung.

“Enam bulan dan tiga hari sejak anda tidak berkhidmat,” tulisnya di laman Twitter bersama gambar sepasang but.

Pada awal Mei lalu, bekas penjaga gol Real Madrid itu sedang berlatih di Pusat Latihan PortoGaia bagi persiapan mengharungi liga sebelum diserang insiden menakutkan itu.

Ketika dia pitam, suhu ketika itu mencatat 20 darjah selsius sekaligus menyebabkan sesi latihan tersebut dihentikan serta-merta.

Casillas dikejarkan ke hospital dan dibenarkan keluar lima hari kemudian dan melakukan proses pemulihan sehingga kini. – MalaysiGazette