SEPERTI perayaan yang lain, saban tahun perayaan Hari Krismas atau Hari Natal akan disambut dengan meriah apabila sanak saudara penganut Kristian berkumpul bersama-sama di kampung halaman.
Menghargai penduduk ibu kota yang juga mahu merasai kemeriahan, Villa Danieli di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur menawarkan sambutan Hari Natal yang bakal mencipta memori kepada pengunjungnya.
Menerapkan menu-menu tradisional sempena perayaan yang bakal disambut pada 25 Disember tidak lama lagi, Villa Danieli tahun ini memilih tema element magical yang mempertanggungjawabkan cef di dapur untuk mengolah kaedah masakan seiring perkembangan semasa.
“Kita tidak boleh terus berada di takuk yang sama, perlu ada perubahan, jadi dalam menawarkan menu tradisional kami membuat improvasi.
“Kami membuat improvasi menu tradisi sambutan natal olah cara pemasakan lebih kepada moden,” kata Pengurus Komunikasi Pemasaran Sheraton Imperial, Mel Hamid.
Villa Danieli juga kata Mel mengekalkan hidangan tradisi setiap perayaan Hari Natal iaitu ayam belanda panggang namun lebih istimewa cara memasak menjadikannya lebih lazat selain pencuci mulut yang enak seperti Kek Buah, Pecan Pai dan roti halia.
Tidak hanya itu, uniknya menu-menu yang bakal ditawarkan bermula 1 hingga 25 Disember juga memberi peluang kepada pelanggan yang mahu ‘tapau’ juadah pilihan untuk sama-sama dirai bersama-sama keluarga.
Jangan risau, selain harga yang berpatutan malah menurut Mel Hari Natal sepatutnya dirai bersama-sama oleh pelbagai kaum sebenarnya, tidak hanya penganut agama Kristian apatah lagi juadah Villa Danieli adalah halal.
Tawaran promosi Hari Natal di Villa Danieli akan disambung sehingga sambutan Tahun Baru 1 Januari 2020 nanti. -MalaysiaGazette