Home Seni Hidup Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula Januari ini

Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula Januari ini

Sebahagian peserta meluangkan masa beriadah dengan bermain bola tampar air sempena cuti hari minggu ketika tinjaun lensa Malaysiagazette di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK. 08 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Selepas ditutup sejak September tahun lalu, Taman Tasik Titiwangsa akan mula dibuka kepada pengunjung bermula Januari ini.

Sumber Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan taman rekreasi itu masih belum dibuka.

Menurutnya, ia berikutan pihak projek dan klien masih dalam proses memobilisasi pasukan sekuriti, pembersihan dan lain-lain yang berkaitan.

“Sila ambil maklum bahawa taman ini masih belum dibuka untuk kegunaan awam.

“Jika berlaku apa-apa insiden kepada pengunjung, dikhuatiri tiada perlindungan yang dapat membantu kerana tiada pasukan sekuriti atau kontraktor,” katanya menurut kenyataan itu.

Taman Tasik Titiwangsa ditutup kepada orang ramai pada 1 September 2018 bagi memberi laluan kerja-kerja pengindahan dan penambahbaikan.

Dalam satu notis sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan sebarang aktiviti riadah tidak dibenarkan dilaksanakan di kawasan tersebut.

DBKL juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku kepada mana-mana individu yang memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran sepanjang tempoh penutupan. – MalaysiaGazette