Home Seni Hidup Repulik Malaysia: Penganjur mohon maaf

Repulik Malaysia: Penganjur mohon maaf

KUALA LUMPUR –  Penganjur Miss Crystal Angel International di Myanmar membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia memohon maaf atas kesalahan menggunakan nama ‘Republic of Malaysia’.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas tular sebuah video yang menunjukkan salah seorang daripada dua peserta Malaysia
memperkenalkan diri dan menyatakan dirinya mewakili ‘Republic of Malaysia’.

“Kami, dari penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa Myanmar 2019 ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kesilapan telah menggunakan nama ‘Republik Malaysia’.

“Kesilapan ini tidak datang dari peserta Malaysia tetapi ia adalah daripada pihak kami. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana salah faham,” kata kenyataan itu yang telah dikeluarkan pada semalam.

Kejadian itu bagaimanapun telah menimbulkan kemarahan ramai netizen Malaysia dan kesal dengan apa yang berlaku.

Video yang tular itu dirakamkan semasa segmen pembukaan acara tersebut yang menyaksikan para peserta menggayakan kostum kebangsaan.

Peserta Malaysia yang kontroversi itu dilihat menggayakan persalinan tradisional potongan kebaya.- MalaysiaGazette