PONTIAN – Barisan Nasional(BN), mampu merampas 10 negeri termasuk lima dikuasai Pakatan Harapan(PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekiranya agenda Muafakat Nasional berjaya dilaksanakan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu berdasarkan politik semasa, dan perjanjian Muafakat Nasional ketika ini yang telah membolehkan BN merampas Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah
Katanya, Johor dan Selangor juga mampu diambil alih semula sekiranya tiada lagi persengketaan antara parti-parti dalam komponen BN.