Pengundi-pengundi dalam kalangan pemandu teksi dan kereta sewa di sini bakal menunjukkan protes menerusi undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang akan berlangsung pada 16 November ini.
Difahamkan, tindakan mereka itu adalah sebagai rasa tidak puas hati setelah kerajaan negeri menutup Terminal Feri Antarabangsa Kukup sejak dua bulan lalu yang sememangnya menjadi nadi kepada pemandu teksi di daerah Kukup untuk mendapatkan penumpang.