Hishammuddin melahirkan rasa terkejut dengan sikap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu apabila cuba menjadi “hero” kepada nelayan-nelayan di Tanjung Piai.
Dengan nada sinis Hishamuddin mempersoalkan, bagaimana Mohamad boleh membela nasib nelayan yang tidak menerima saguhati berjumlah RM1,000 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Johor sedangkan beliau tidak memegang portfolio dalam sebarang perkara berkaitan pertanian.
“Saya terkejut bila menteri pertahanan kata dia nak bela nelayan di Tanjung Piai.