Home Nasional Hadi hairan DAP serang Pas walau tak bertanding di Tanjung Piai

Hadi hairan DAP serang Pas walau tak bertanding di Tanjung Piai

Abdul Hadi Awang

PONTIAN – Pas mempersoalkan sikap DAP apabila melakukan serangan hebat terhadapnya meskipun parti yang memperjuangkan Islam itu tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau hairan dengan sikap DAP itu yang dilihat tidak senang duduk setelah PAS bersetuju Barisan Nasional (BN) meletakkan calon MCA untuk bertanding pada PRK berkenaan.

“Pas tidak bertanding, soalnya mengapa Pas satu parti Islam yang bersifat agama boleh sokong calon MCA yang dianggap bukan Islam.

“Perlu difahami Islam yang kita faham Islam yang diajar bukan sahaja satu agama. Islam juga adalah cara hidup, antaranya yang ajak kita hidup masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Perdana, Barisan Nasional di Kampung Rimba Terjun, di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata, apa yang dilakukan oleh Pas ketika ini bukanlah rekaan, sebaliknya ia merupakan satu perkara yang terkandung di dalam al-Quran.

Dengan memberikan contoh, sehelai pakaian yang dibuat daripada benang, dan benang itu pula terjadi daripada pokok kapas yang ditanam, Hadi menyatakan ia turut menggunakan jentera dan pembaja untuk menghasilkan segalanya.

“Tidak mungkin seorang buat kerja, satu kain buat seorang, satu bangsa buat kerja mereka tanam kapas, tak mungkin.

“Mesti dibahagikan tugas dan kerja ikut budaya dan bangsa masing masing dan itu jadi berbagai bangsa,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Entah mengapa…. Mungkin krn ‘hukum n fatwa’ yg Tn Guru war2kan sentiasa berbah2 mengikut musim, tempat, puak golongan! Itu ana kurang pasti, Tn Guru jawablah sendiri.

Comments are closed.