KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi pengalaman memiliki seekor anjing jalanan yang menjadi penjaga rumahnya sejak setahun yang lalu.
Umie memberitahu, anjing yang diberi nama Blacky itu menganggapnya ‘tuan’ serta menjadi penunggu setia di hadapan rumahnya selepas sering diberi makan dan minum sebelum itu.
“Rasanya hampir setahun blacky jadi jaga depan rumah me (Umie Aida). Asalnya dia street dogs, me beri makan…
“Dia terus anggap me tuan dia. Dan dia macam tahu batas-batas antara me dengannya… kalau me buka pintu pagar rumah, tak pernah sekali pun dia cuba masuk. Dia sedar ruangnya hanya luar pintu pagar rumah me dan Blacky sangat setia dan dengar cakap,” tulisnya di Instagram rasminya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video Blacky sedang menanam seekor anak anjing. Umie memberitahu Blacky baru sahaja memiliki seekor anak tetapi sudah mati dan ‘memintanya’ menanamkannya.
“Dipendekkan cerita Blacky baru dapat anak… dan dia sorok baby dia kat satu kawasan yang me sendiri tak tahu. Tapi setiap kali nak makan dia akan datang rumah me.
“Dan semalam… Blacky datang bawa anak dia.. Mata Blacky berair seolah-olah menangis. Ya Allah.. rupa-rupanya baby dia mati dan dia minta tolong tanamakan baby dia.
“Me tak tahu nak cakap macam mana sedih Blacky dengan kematian anaknya. Binatang pun ada perasaan tanam anak dia yang dah mati. Manusia? Hmmm… pengajaran buat kita yang bergelar manusia yang ada hati perasaan, akal dan iman,” luahnya yang turut berkongsi video yang memaparkan Blacky setia berada di tepi kubur sehingga pengebumian anaknya selesai. – MalaysiaGazette
Semoga Allah bagi balasan yang terbaik for all of you. Amin.