
MANCHESTER – Manchester United mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati Liga Europa walaupun berbaki dua perlawanan peringkat kumpulan selepas mencatat kemenangan 3-0 di gelanggang sendiri menewaskan Partizan Belgrade, awal pagi tadi.
Gol-gol United dijaringkan Mason Greenwood, Anthony Martial dan Marcus Rashford.
Kemenangan itu menyaksikan United kini memimpin Kumpulan L selepas mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan, kelebihan dua mata di depan kelab Belanda, AZ Alkmaar yang menikmati kemenangan besar 5-0 menewaskan Astana.
Partizan pula mengumpul empat mata manakala kelab Kazakhstan, Astana langsung tidak mengumpul mata. – MalaysiaGazette