KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan keputusan mencalonkan Datuk Seri Subahan Kamal untuk sekali lagi memegang jawatan Presiden Kesatuan Hoki Malaysia (MHC) sebagai memilih orang yang gagal.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebaliknya memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Eksekutif Air Asia Group Bhd, Datuk Kamarudin Meranun untuk diberi peluang menerajui MHC.
“Sokong @din.meranun sebagai Presiden Kesatuan Hoki Malaysia. Berkaliber, kepimpinan baharu. Subahan gagal,” tulis Khairy di Instagram Story miliknya.
Reaksi Khairy itu hadir selepas Kamarudin gagal untuk bertanding bagi pemilihan jawatan Presiden MHC yang akan berlangsung sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu 16 November ini selepas hanya mendapat dua pencalonan.
Mengikut perlembagaan MHC, tiga pencalonan diperlukan untuk membolehkan seseorang itu bertanding bagi merebut jawatan presiden.
Situasi itu sekali gus menyaksikan Subahan yang mendapat 13 pencalonan mengekalkan jawatannya dan bakal diumumkan sebagai presiden bagi penggal 2019/2023 pada AGM nanti.
Namun pada satu sidang media khas kelmarin, Timbalan Presiden Persatuan Hoki Johor (JHA), Datuk Majid Manjit Abdullah mendedahkan Kamarudin mendapat pencalonan ketiga daripada Persatuan Hoki Kedah (KHA) sebelum terdapat individu yang menukar senarai calon dihantar badan induk itu pada saat akhir. – MalaysiaGazette
KJ ko duduk la kat Rembau diam-diam… Jgn lupa makan obat penenang tau… dah mcm org gilo je ko nie KJ oiii…
Hasbola Ekau pon gilo samo,ora yg pernah gagal memimpin ..Ekau sokong laie.opo ubek kau dah abis atau salah guna ketum.biol bonar Ekau ni.