Home Sukan Muhammad Ziyad gagal pertahankan pingat emas dalam Kejohanan Para Dunia

Muhammad Ziyad gagal pertahankan pingat emas dalam Kejohanan Para Dunia

Muhammad Ziyad Zolkefli foto HAZROL ZAINAL, 21 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Juara melontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli gagal mempertahankan pingat emasnya dalam kategori lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Pemenang pingat emas para dunia 2017 itu hampir mempertahankan pingat emasnya selepas mencatatkan lontaran sejauh 17.03 meter (m) dalam cubaan kelimanya, sebelum dipintas oleh atlet Ukrain Maksym Koval yang melakukan lontaran sejauh 17.11 m dalam cubaan terakhir untuk memperoleh emas, menurut laman sesawang The Paralympics, www.paralympic.org.

Efstratios Nikolaidis dari Greece membawa pulang gangsa selepas mencatat lontaran terbaiknya, pada 16.61m.

Bagaimanapun, lontaran sejauh 17.03m atlet para negara itu adalah rendah daripada rekod 17.29m yang pernah dicatatkannya pada Kejohanan Dunia 2017, di London, United Kingdom.

Untuk rekod, Muhammad Ziyad juga memenangi pingat emas dalam kejohanan sama pada edisi 2013 di Lyon, Perancis dan sebelum itu pingat gangsa pada edisi 2015, di Doha, Qatar. – Bernama