Home Ekonomi Jualan 11.11 catat jualan AS$23b pada 9 jam pertama

Jualan 11.11 catat jualan AS$23b pada 9 jam pertama

HANGZHOU – Gergasi e-perdagangan, Alibaba Group Holdings Inc mengumumkan jualan bagi Hari Tunggal tahunan (11.11) adalah sebanyak AS$22.63 bilion dalam tempoh sembilan jam pertama, meningkat 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Mirip kepada jualan Black Friday dan Cyber Monday di Amerika Syarikat, 11.11 yang mana nombor satu sebanyak empat kali itu membawa maksud tunggal dipromosikan sebagai fiesta membeli-belah oleh Pengerusi dan Ketua Eksekutif Alibaba, Daniel Zhang sejak 11 November 2009.

Ia kemudiannya merekodkan acara jualan di atas talian terbesar di dunia.

Syarikat China dengan nilai AS$486 bilion itu memulakan fiesta membeli-belah 24 jam itu dengan persembahan penyanyi terkenal AS, Taylor Swift dan artis-artis lain seperti Jackson Yee.

Jualan mencecah angka AS$1 bilion pada minit pertama dan lapan saat.- Agensi