RIYADH – Tiga pelalon teater ditikam ketika sedang melakukan persembahan dan suspek telah ditahan, lapor agensi berita, Saudi Press.
Ia merupakan insiden pertama sejak Arab Saudi membuka pintunya kepada dunia hiburan.
“Pada kira-kira pukul 8 malam polis Riyadh menahan seorang warga Yemen berusia 33 tahun selepas dia menikam dua lelaki dan seorang perempuan yang merupakan aggota kumpulan teater semasa pertunjukan sedang berlangsung di King Abdullah Park di daerah Malaz,” kata jurucakap polis Riyadh dalam satu kenyataan.
Rakaman yang disiarkan rangkaian televisyen, Al-Ekbariya menujukkan lelaki yang bersenjatakan pisau itu meluru naik ke pentas dan menyerang pelakon terbabit semasa persembahan musikal sedang berlangsung.
Artis-artis tersebut yang mengalami luka diberikan rawatan dan mereka dalam keadaan stabil, kata jurucakap itu sambil menambah polis sedang menjalan siasatan insiden tersebut. – Agensi