Home Ekonomi IPG Oktober diaktifkan

IPG Oktober diaktifkan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Pekebun kecil boleh membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan Oktober 2019 mulai 1 November hingga 29 November ini.

Lembaga Getah Malaysia dalam satu kenyataan berkata, IPG kepada pekebun kecil di seluruh Malaysia telah diaktifkan dengan bayaran 50 sen sekilogram bagi Semenanjung, 85 sen sekilogram untuk Sabah dan Sarawak (60 sen sekilogram).

“Adalah dimaklumkan mulai Januari 2019, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah,” katanya.

Menurut LGM, pada bulan Oktober 2019, harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah seperti berikut:

 

  1. Semenanjung :    RM 2.00 sekilogram;
  2. Sabah :    RM 1.65 sekilogram; dan
  3. Sarawak :    RM 1.90

 

 

-MalaysiaGazette