Cadangan DAP mahu melantik Liew Chin Tong sebagai wakil masyarakat Cina di Parlimen Tanjung Piai sekiranya Karmaine Sardini menang pada Pilihan Raya Kecil kali ini tidak bermakna Calon Pakatan Harapan itu tidak berkemampuan jaga kebajikan komuniti Cina.
Pengerusi DAP Johor itu berkata, sebenarnya pelantikan itu kaedah efisien untuk membantu Karmaine supaya mudah mendekati dan memahami permasalahan dan diikuti penyelesaian.
Katanya, Wee Jeck Seng (calon BN) jika jadi ahli Parlimen dia tidak boleh buat apa-apa, kalau 20 tahun lalu, pemuda Tanjung Piai terpaksa berhijrah keluar untuk bekerja di tempat lain.