🎥 HIBURAN MGTV | Filem Mahathir The Journey – Prof Dr Hatta Azad Khan

Filem Mahathir The Journey arahan Prof Dr Hatta Azad Khan bakal mengangkat kisah perjuangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun memegang jawatan itu pada kali pertama.

Diterbitkan oleh Reliance Media Group Sdn. Bhd., filem tersebut turut menampilkan kisah benar perjuangan tokoh disegani itu yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 2018 selepas 16 tahun bersara.

Hatta berkata, pihaknya melakukan kajian selama tujuh bulan untuk merealisasikan kisah perjuangan seorang figura yang hebat dan dikagumi di dunia itu.