Home Utama 1MDB: Prosiding tangguh lagi, Shafee dan Shahrol sama-sama sakit

1MDB: Prosiding tangguh lagi, Shafee dan Shahrol sama-sama sakit

Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah

KUALA LUMPUR – Perbicaraan berprofil tinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terpaksa ditangguhkan lagi kerana peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sakit tekak yang teruk dan sudah diberikan cuti sakit selama dua hari.

Pada prosiding kes sebentar tadi, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed memberitahu Mahkamah Tinggi, pihaknya memohon perbicaraan dilapangkan dan disambung selepas dua hari kerana peguam Shafee mengalami jangkitan sakit tekak yang serius.

Kata Wan Aizuddin, bagaimanapun Shafee masih lagi berkira-kira untuk hadir sahaja ke mahkamah sehingga awal pagi tadi namun keadaanya sudah menjadi teruk dan terpaksa mengambil cuti sakit itu.

Selain Shafee, saksi ke-9, Datuk Shahrol Halmi Ibrahim juga masih sakit dan memerlukan dua hari lagi untuk pulih, kata pasukan peguam bela.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin  Lawarence Sequerah kemudian bertindak menangguhkan perbicaraan sehingga 13 Disember depan.

Ini kerana pihaknya akan memberi laluan kepada perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan1MDB yang dihadapi Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy bermula Isnin ini.

1MDB melibatkan penyewelengan sebanyak RM2.3 bilion yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya sudah masuk hari ke-35 perbicaraan hari ini.

Bagaimanapun, Isnin lepas prosiding telah di tangguhkan dua hari sejak Isnin lepas kerana Shahrol sakit serta memohon tangguh dua hari.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Shahrol yang merupakan bekas Ketua Eksekutif 1MDB telah menjadi saksi selama 22 hari atau satu pertiga daripada tempoh perbicaraan setakat ini dengan 15 hari daripadanya telah di soal balas oleh pasukan pembelaan setakat ini.

Pada Isnin lepas juga secara kebetulan perbicaraan 1MDB terpaksa ditangguhkan sebelah pagi untuk membenarkan Najib dan pasukan pembelaannya menghadiri kes berasingan SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib juga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. –MalaysiaGazette