Home Sukan 3 kelab buru Dries Mertens

3 kelab buru Dries Mertens

Dries Mertens. Foto Daily Mail

LONDON – Penyerang Napoli, Dries Mertens kini dilaporkan menjadi buruan dua kelab Seria A, Juventus dan AC Milan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya, lapor Daily Mail.

Namun bukan dua kelab itu sahaja, pemain antarabangsa Belgium itu turut menarik perhatian pengurus Inter Milan, Maurizio Sarri.

Bagaimanapun Juventus dan Milan lebih awal membuka langkah dengan mengadakan perbincangan dengan Napoli.

Masa depan Mertens di Napoli kini masih tidak menentu selepas pemain itu masih belum menandatangani kontrak baharu bersama pasukan tersebut.

Kontrak pemain berusia 32 tahun itu akan berakhir pada Jun 2020 namun Napoli bersedia mendengar tawaran daripada pasukan lain pada Januari ini.

Jika Napoli gagal menjual Mertens pada Januari ini, pemain itu akan menjadi ejen bebas yang boleh didapatkan secara percuma oleh pasukan lain.

Sementara itu, Sarri mahu menggunakan pengaruhnya untuk memujuk Mertens menyertainya di Juventus.

Pada perpindahan pra musim lalu, Sarri gagal mendapatkan Lukaku yang dianggap sesuai dengan sistem permainan beliau.

Kini Sarri menumpukan usaha untuk mendapatkan penggempur serba boleh itu selepas Mertens meningkat naik di bawah kendaliannya satu ketika dahulu sekali gus menjadi antara bakat elit di Eropah.

AC Milan pula mahu menambahkan lagi sengat di bahagian serangan apabila engendali

Inter juga dalam pertimbangan untuk mendapatkan Mertens selepas situasi semasa penyerang, Alexis Sanchez yang sedang berehat panjang gara-gara kecederaan. – MalaysiaGazette