Home Seni Hidup Dek bisikan syaitan dan iblis, kita makin jauh – Sharnaaz

Dek bisikan syaitan dan iblis, kita makin jauh – Sharnaaz

Foto Instagram Sharnaaz Ahmad.

KUALA LUMPUR – Sejak berdepan kemelut rumah tangga, pelakon Sharnaaz Ahmad sering memuat naik perkongsian luahan rasa rindu terhadap anaknya, Jebat Jayden.

Menerusi Insta Story di Instagaram miliknya, terbaharu Sharnaaz menyatakan dia semakin hari merasakan dirinya semakin jauh dengan anak kesayangannya itu.

Malah, Sharnaaz turut meluahkan rasa terkilan dengan pihak yang cuba memisahkan mereka.

“Selamat malam sayang ba Jebat Jayden. Dek bisikan syaitan dan iblis, kita makin jauh. Tapi seinci cek tak pernah jauh dari minda dan hati ba. My life, my power, my boy,” tulisnya.

Terdahulu, Sharnaaz meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya, Jebat Jayden.

Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, dia tidak dapat melihat proses Jebat belajar berjalan depan matanya sendiri.

Pada 27 Ogos lalu, Noor Nabila, 35, menfailkan perceraian terhadap Sharnaaz namun pelakon itu menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu. – MalaysiaGazette