KUALA LUMPUR – Kejayaan pelakon dan pengacara Alif Satar bergelar Ironman Langkawi 2019 baru-baru selepas berjaya menamatkan cabaran dalam masa 15 jam mendapat pujian netizen yang kagum dengan usahanya itu,
Namun, ada netizen turut mempersoalkan bagaimana Alif menunaikan solat sepanjang tempoh berada di acara tersebut.
Sebelum ini, Alif telah menjelaskan pihak penganjur turut menyediakan tempat khas untuk umat Islam menunaikan kewajipan mereka.
Bagaimanapun segala persoalan netizen akhirnya terjawab apabila Alif berkongsikan video cara dia mengambil wuduk dan bersolat ketika perlumbaan.
Perkongsian dan pengarangan Alif itu mendapat pujian ramai netizen termasuk rakan-rakan artis. Malah, juara Ninja Challenge League 2018 iatu Mat Redho turut berkongsi pendapat solat itu perkara mudah dan tidak sepatutnya netizen bertanyakan tentang hal itu.
Pada masa, netizen berkata, Alif wajar dijadikan sebagai contoh baik kepada masyarakat terutamanya anak muda. Tidak kurang juga, ramai yang menjadikan Alif sebagai inspirasi serta mengatakan inilah ironman yang sebenar. – MalaysiaGazette