Home Nasional Najib berterusan ‘menyakat’ Lim Guan Eng

Najib berterusan ‘menyakat’ Lim Guan Eng

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Dalam nada menyindir Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menyoal sikap dan pendirian berbeza yang ditunjukkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kata bekas Perdana Menteri itu, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan bersikap ‘lain’ pada sebelah pagi dan berubah pada sebelah petang.

“Saya syaki Guan Eng pada waktu pagi adalah orang yang berbeza dengan Guan Eng pada petang hari.

“Pagi ini, dia memainkan politik perkauman dengan mendakwa kaum Cina tidak akan dibela oleh BN.

“Petang pula, dia tuduh pembangkang yang memainkan politik perkauman,” tulisnya dalam laman sosial Facebook beliau.

Kata Najib lagi, selepas ini beliau sedang berkira-kira untuk bertanya sendiri kepada bapa Guan Eng yang juga merupakan Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Iskandar Putri, Lim Kit Siang.

“Lain kali saya terserempak dengan Kit Siang, saya nak tanya dia jika anak dia ada kembar.

“Kita tunggu kenyataan Guan Eng waktu malam nanti. Tengok jika dia adalah kembar tiga atau kembar dua,” seloroh Najib.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berucap pada Program Ceramah Harapan Tanjung Piai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pusat Perdagangan Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2019.

Kenyataan itu dipercayai di etik daripada kenyataan media Malay Mail yang bertajuk ‘As BN gain steam in Tanjung Piai race, Guan Eng claims minorities have no say under UMNO-Pas’ pada sebelah pagi.

Pada sebelah petangnya pula, portal The Malaysian Times menyiarkan tajuk ‘Opposition using racial politics to point inconsistency, Guan Eng says,’.

Kenyataan oNajib itu mendapat pelbagai reaksi dengan rata-rata seolah-olah terhibur dengan cara beliau menyindir Guan Eng yang sedang giat berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai itu. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Nak tanya pada Tun Raha.
    Betul ke Najib ni Allahyarham Tun Razak.
    Jika betul adalah sangat memalukan keturunan Tun Razak dgn bbrapa kes penyelewengan yg beliau hadapi sekarang.

  2. Nak tanya pada Tun Raha.
    Betul ke Najib ni anak Allahyarham Tun Razak.
    Jika betul adalah sangat memalukan keturunan Tun Razak dgn bbrapa kes penyelewengan yg beliau hadapi sekarang.

    • Hoi baghal.. pi sana baca Berita Harian lah.. aku nak baca berita yg neutral kat Malaysiagazette ni ada jer mahacai penjilat semburit DAP menyibuk.. benci betul aku Pecacai Pakatan Kaki kencing ni..mana2 ada jerrr

Comments are closed.