Kerajaan mempertimbangkan untuk melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pemantauan dan penguatkusaan aktiviti pemburuan secara haram khususnya harimau.
Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar, usaha tersebut bagaimanapun perlu diluluskan oleh kabinet terlebih dahulu.
“Saya telah hubungi Panglima Angkatan Tentera, sekarang kita dalam satu perbincangan di mana kita boleh gunakan ATM di dalam hutan tetapi kena dapat kelulusan dari kabinet untuk demikian (perkara itu) dan elaun yang cukup untuk tentera masuk ke hutan.
“Sebab itu kita kena ada perbincangan sampai masanya kita akan umumkan,” katanya.