Home Utama Akta kesalahan pilihan raya tidak jelaskan keperluan permit kempen – Peguam Negara

Akta kesalahan pilihan raya tidak jelaskan keperluan permit kempen – Peguam Negara

memoirs of former Attorney General (AG), Tommy Thomas, My Story: Justice in the Wilderness be prevented or stopped by an interim injunction? ACAB Anti-Corruption Advisory Board
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Penjelasan wajar diberikan berhubung kontroversi yang berbangkit dari isu keperluan permit polis bagi kempen secara bergerak dan dari rumah ke rumah oleh enam calon serta parti-parti mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Sabtu ini.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata, pengumuman yang dibuat oleh pihak polis itu adalah menurut Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan-Kesalahan Plihanraya.

Namun, katanya, peruntukan tersebut tidak secara jelas merujuk kepada kempen bergerak mahu pun kempen dari pintu ke pintu.

Beliau mengingatkan bahawa mengundi merupakan hak asasi yang jelas termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, semenjak 1965 14 Pilihan Raya Umum serta ratusan PRK telah diadakan bagi membolehkan para pengundi memilih ahli Parlimen dan wakl rakyat mereka.

“Aktiviti kempen bagi tujuan pilihan raya-pilihan raya ini adalah penting dalam sistem demokrasi parlimen,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Tommy lagi, sejarah telah membuktikan semenjak tahun 1965 kaedah-kaedah untuk meraih pengundi adalah yang paling popular digunakan oleh calon-calon dari semua parti politik dan tanpa perlu mendapatkan permit.

Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini mengumumkan setiap calon dan parti perlu memohon permit untuk berkempen dari rumah ke rumah.

Pengumuman tersebut mencetuskan bantahan pelbagai pihak terutamanya pembangkang yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meminta pihak polis melonggarkan syarat tersebut kerana tidak pernah dalam pilihan raya di negara ini menggunakan peraturan seketat itu. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Tidak pernah lihat syarat kempen seketat ini – Muhyiddin

Akta mana SPR tetapkan kempen rumah ke rumah perlu permit – Ismail Sabri

 

1 Komen

Comments are closed.