KUALA LUMPUR – Pelakon Zizie Izette mengakui dia tidak kisah jika membeli pakaian anak-anaknya dengan harga murah asalkan kemas dan cantik.
Kata Zizie lagi, dengan keadaan ekonomi yang kurang baik serta tanggungan semakin besar, dia sekeluarga perlu berjimat cermat untuk dibelanjakan ke arah yang lebih penting terutama hal membabitkan persekolahan anak-anak.
Malah kata isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, ia berbaloi kerana anak-anaknya kini cepat membesar dan akhirnya pakaian tersebut tidak lagi boleh dipakai.
“As u can always see, I love being matchy2 with my kids. I take pride in dressing them well and make them look good.
“Biarpun baju x mahal, xde brand sekalipun. Janji nampak rapi & kemas.
“Honestly, kalau saya nampak baju harga rm10 pun saya akan beli kalau baju tu cantik. .
“Lagipun sayang, anak2 cepat membesar plus dgn ekonomi yg kurang baik, lebih baik berjimat utk persekolahan anak2 akan datang.
“Tanggungjawab dah besar & anak2 dah ramai. Kena ukur baju di badan sendiri. Jangan pula “biar papa, asal bergaya. Betul ke betul?” tulisnya di Instagram miliknya.
Zizie sebelum ini gemar berkongsi gambar anak-anak yang sering mengenakan pakaian sedondon.
Melihatkan pakaian sedondon anak-anaknya, pasti ramai menyangka ianya pakaian berjenama. – MalaysiaGazette