Home Ekonomi Populasi Malaysia meningkat 0.06 peratus

Populasi Malaysia meningkat 0.06 peratus

Orang ramai dinasihatkan berhatai-hati ketika membeli makanan di bazar Ramadan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Populasi Malaysia meningkat 0.06 peratus pada suku ketiga berakhir 30 September 2019 kepada 32.63 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

Data Jabatan Statistik menunjukkan jumlah warga emas yang berusia 65 tahun dan ke atas semakin meningkat.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, daripada 32.63 juta orang itu, 90.3 peratus atau 29.64 juta adalah warganegara Malaysia manakala baki 23.18 peratus adalah bukan wargangera.

Jumlah lelaki meningkat kepada 16.85 juta berbanding 16.74 juta yang direkodkan pada suku ketiga tahun lepas manakala jumlah wanita meningkat daripada 15.69 juta kepada 15.78 juta.

Data dalam Statistik Demografi Suku Ketiga 2019 menyatakan nisbah jantina masih kekal 107 lelaki berbanding 100 perempuan.

Tambahnya, Selangor kekal sebagai negeri yang mempunyai populasi tertinggi dalam suku ketiga dengan 6.54 juta orang manakala Labuan pula merekodkan populasi terendah iaitu 99,400 orang. – MalaysiaGazette