Home Politik Siapa yang main sentimen kaum? – Salahuddin

Siapa yang main sentimen kaum? – Salahuddin

Timbalan Presiden Amanah Negara merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub bergambar kenangan dengan pengamal media ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Stadium Mini Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 14 NOVEMBER 2019

PONTIAN – Datuk Seri Salahuddin Ayub mencabar pembangkang yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan memainkan sentimen perkauman dan agama pada Pilihan Raya Kecul Parlimen Tanjung Piai membuktikan dakwaan itu.

“Tunjukkanlah bukti ataupun keluarkanlah di video ataupun media siapa dia yang main isu perkauman dalam PH, itu sekadar mendakwa sahajalah.

“Tapi pihak sebenar yang memainkan isu agama yang berputar-putar adalah mereka sendiri.

“Isu UMNO menyembunyikan persengketaan mereka dengan MCA itu detik yang tak boleh dinafikan.Buktikan sahajalah mereka tak dapat melantik calon BN pada masa yang ditetapkan,” kata  Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai di Stadium Mini Pontian tengahari tadi.

Beliau meluangkan masa hampir sejam bersama petugas-petugas media yang terlibat membuat liputan kempen PRK sejak hari penamaan calon.

Tambah mendaakwa, MCA dan MIC mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebelum ini membuatkan UMNO gelisah dan memilih calon MCA bertanding pada PRK itu.

Menurutnya, UMNO terpaksa berpura-pura berkempen manakala Pas pula menyatakan sokongan terhadap calon BN.

“Dalam kenyatan terbaharu pula mereka mengatakan undi MCA kali ini tidak salah tapi di Cameron Highlands dakwa fatwa wajibkan mengundi untuk calon Melayu Islam.

“Jadi bila tadi ditanya dalam satu video oleh seroang wartawan Harakah, Presiden Pas pula kata semua pihak kena reti politik ini, poliitk ini berubah ubah, kita kena pandai dan sebagainya maka adakah dia berpusing-pusing,” ujarnya sambil menjelaskan PH tidak pernah memainkan isu perkauman dan agama. – MalaysiaGazette