Home Seni Hidup Berita kematian The Rock palsu

Berita kematian The Rock palsu

HOLLYWOOD, CA - MAY 26: Actor Dwayne Johnson arrives at the Los Angeles premiere of "San Andreas" at TCL Chinese Theatre IMAX on May 26, 2015 in Hollywood, California. (Photo by Gregg DeGuire/WireImage)

KUALA LUMPUR – Semalam tersebar di media sosial sebuah artikel tentang kematian pelakon terkenal Hollywood, Dwayne Johnson.

Rupa-rupanya artikel itu palsu dan aktor yang terbunuh ketika melakukan aksi lagak ngeri dalam pengambaran palsu adalah tidak benar.

Artikel itu tersebar menerusi laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) dengan tajuk ‘The Rock meninggal dunia pada usia 47 tahun’ dan ia tersebar dengan pantas di alam maya semalam dan menimbulkan pelbagai reaksi.

Ini bukan kali pertama The Rock dilaporkan meninggal dunia.

Pelakon yang membintangi francais filem The Fast and Furious itu pernah menjadi mangsa berita palsu pada 2011.

Pada 2014, The Rock sekali lagi dilaporkan meninggal dunia semasa menjalani penggambaran sebuah filem di New Zealand. -MalaysiaGazette