Home Politik Saya ‘Abang Mat’ pun tidak puas hati prestasi pentadbiran, kata Mohamad Sabu

Saya ‘Abang Mat’ pun tidak puas hati prestasi pentadbiran, kata Mohamad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) yang juga Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berucap pada Program Forum Kopitiam sempena semkempen Pilihan Raya Kecil P.165 Tanjung Piai di Restoran Jiayibei, Taman Utama, Pekan Nenas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 04 NOVEMBER 2019

PEKAN NANAS – Barisan pemimpin kerajaan Pakatan (PH) Harapan rela dimarahi dan dikritik secara rasional tetapi tidak sesekali membenarkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai  Sabtu ini.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berkata, bukan salah rakyat malah dirianya dan  pemimpin utama dalam Pentabiran kerajaan PH tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan sepanjang 18 bulan selepas mengambil alih kerajaan pada 9 Mei 2018.

“Saya nak tanya kepada anda semua di sini adalah kamu semua berpuas hati dengan pentadbiran kami selama setahun setengah ini? Bukan sahaja anda tapi juga saya abang Mat sendiri tak puas hati dengan prestasi pentadbiran selama ini.

“Saya tahu kamu semua marah, Melayu Cina India semua marah. Adakah anda mahu BN menang di PRK kali ini selepas ditumbangkan akibat rsuah salah guna kuasa pemimpin Najib Razak pada PRU lepas.

“Cakap semua mahukah BN menang? Kalau tak mahu jangan marah, bertahanlah. Kami bagaimanapun rela dimarah dikritik secara rasional supaya kami boleh perbaiki dan cari jalan pulihkan negara.

“Tapi ingat jangan sampai berpaling tadah menangkan Barisan Nasional pada Sabtu ini. Jika ia berlaku itu bermakna anda terpaksalah berani menempuh perjalanan bahaya dipenuhi perkauman kuat di pembangkang,” katanya pada ceramah Pakatan Harapan di Taman Utama yang dibanjiri lebih 1000 penduduk dan pengundi Cina malam ini.

Tambah Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Raja itu, kerajaan PH baru berjaya menunaikan 52 peratus janjinya dan memerlukan sepenggal penuh untuk bekerja keras melaksanakan sebanyak mungkin pembaharuan pembangunan yang dirancang dan dijanjikan.

Menurutnya, adalah tidak wajar untuk marah dan memaki kerajaan yang sedang bekerja keras memulihkan negara yang dirosakkan kerajaan lama BN.

Beliau juga menegaskan sentiasa berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam mesyuarat Pakatan Hrapan serta Kabinet tentang bagaimana untuk menunaikan segala janji dan memulihkan semula ekonomi negara.

“Tolong jangan kecewakan kami PH, jangan kecewakan Abang Mat ini dan sila undi calon nombor 4 Karmaine Sardini

“Dulu kita jadi Harimau Asia tapi sekarang harimau ada tapi gigi sudah hilang taring. Kita mahu bagi lactogen susu dan pisang supaya gigi Harimau tumbuh semula,” katanya. -MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.