Home Nasional Wendy janji bawa usul tidak percaya terhadap Tun M jika menang di...

Wendy janji bawa usul tidak percaya terhadap Tun M jika menang di Tanjung Piai

Dominic Lau

PONTIAN – Satu usul undi tidak percaya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dibawa ke Dewan Rakyat sekiranya Perdana Menteri tidak berundur daripada jawatannya tahun depan.

Itu janji Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sekiranya calon mereka, Wendy Subramaniam diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menegaskan, calon Gerakan akan membawa usul itu dan ahli-hali Parlimen yang bersetuju wajar menyokongnya.

Katanya, usul berkenaan perlu kerana Perdana Menteri telah banyak kali berjanji akan menyerahkan jawatannya kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai seorang pemimpin negara dan juga ketua kerajaan, Dr Mahathir perlu menunaikan janjinya kerana rakyat melihat apa yang beliau lakukan.

“Ini penting kerana sudah banyak perkara yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) namun, tidak juga berjaya untuk dilaksanakan.

“Janganlah bila berjanji nak serah jawatan perdana menteri kepada Anwar ia sekali lagi cuba dimungkiri,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dominic berkata, ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan usul itu nanti tidak perlu “buat-buat” terkejut kerana ia sememamgnya telah lama disuarakan termasuk di dalam PH sendiri.

Tambahnya, pada masa ini beliau melihat kebanyakan ahli Parlimen yang berhasrat menentang perdana menteri takut untuk membangkitkan usul tersebut dan hanya bercakap sahaja tanpa ada sebarang tindakan.

“Hari ini kita umum, kalau Gerakan menang pada PRK Tanjung Piai, kita akan bawa usul ini di Parlimen.

“Tidak ada maknanya jika Dr Mahathir berjanji untuk serahkan jawatan kepada Anwar tetapi, akhirnya dia cuba dalih supaya perkara itu tidak berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, Wendy ketika ditanya mengenai perkara tersebut menyatakan kesediaanya untuk berbuat demikian. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Celaka punya rakyat bangsa ini…nak huru-harakan negara yg beraja dan islam.,dia lupa asal usul pendatang yg di beri ruang menetap.

  2. Gerakan adalh proksi dap….anjing dominic dn gerakan dh xboleh cari mkn dgn nama gerakan…yg dh hancur sejak kalah semua kerusi dulu…so xada cara lain nk cari mkn slain dr bsedudukkn dn bjubur dgn dap dn al juburi… Itu lh sj cara nk cari duit nk kasi mentekedarah ank bini… Ada hati nk mcelah celah kangkang babi…… Sedar lh diri wahai yg xada nilai walau 1 sen oun…..jgn kata 1 sen ½ sen pun gerakan ni xada nilai dn harga…hanya mjd sampah mghrp org kasi duit singgit 2 untuk mentekedarah…pie lah mampussd gerakan sampah

Comments are closed.