Home Dunia Status Sudan sebagai negara penaja pengganas akan ditarik balik

Status Sudan sebagai negara penaja pengganas akan ditarik balik

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) tidak lagi mempunyai hubungan buruk dengan pemerintah Sudan dan kemungkinan menarik balik status negara itu sebagai penaja negara pengganas, kata pegawai kanan Jabatan Negara.

Tetapi Tibor Nagy, Penolong Setiausaha Urusan Afrika berkata, langkah itu berdasarkan kepada satu proses keadaan.

“Ia satu proses dan kami banyak terlibat dengan para pemimpin Sudan bagaimana kami dapat melakukan perkara itu,” katanya kepada pemberita dalam satu taklimat.

Ditanya apakah Amerika Syarikat telah melakukan tugasan itu, Nagy berkata “Tidak”.

Beliau menambah: “Terdapat syarat untuk tujuan seperti itu. Semua orang berharap bahawa ia akan berlaku, semua orang berharap ia berlaku secepat mungkin, kita semua memahami kesukaran yang dialami disebabkan perkara itu”.

Kerajaan AS meletakkan Sudan dalam senarai penaja pengganas negara pada tahun 1993 atas tuduhan Presiden Islam Omar al-Bashir menyokong kumpulan pengganas.

Tuduhan itu menyebabkan Sudan secara teknikal tidak layak untuk bantuan dan pembiayaan hutang dari Tabung Dana Kewangan (IMF) dan Bank Dunia.

Keputusan untuk menarik balik senarai itu perlu mendapat kelulusan Kongres. – MalaysiaGazette