Home Nasional Program Abdul Hadi di UPM ditangguhkan

Program Abdul Hadi di UPM ditangguhkan

Abdul Hadi pada mulanya menyatakan kesediaannya untuk hadir, tetapi program ini ditangguh atas sebab tidak dapat dielakkan..

KUALA LUMPUR – Program syarahan akademik yang dijadualkan disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Universiti Putra Malaysia (UPM) esok, ditangguhkan.

Dalam kenyataan ringkas kepada media, hari ini, Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman berkata, penangguhan itu diterimnya melalui surat dari pihak Hal Ehwal Pelajar UPM bertarikh hari ini, atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Pihak kami telah dimaklumkan, program syarahan akademik yang dijadualkan akan disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di UPM esok, Selasa 19 November, telah ditangguhkan melalui suatu surat daripada pihak HEP UPM bertarikh hari ini, atas sebab yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Surat bertajuk, “Penangguhan Slot Bicara Eksklusif Karnival Inspirasi Putra” itu ditandatangani Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Fahmi Azar Mistar.

Kandungan surat bertarikh hari ini, 18 November 2019 antara lain memaklumkan UPM meminta pihak Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) selaku penganjur karnival itu untuk menangguhkan slot berkenaan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pihak UPM akan menggantikan slot itu dalam sesi Wacana Intelek yang akan diadakan kelak.

Sebelum itu, Abdul Hadi menerusi hantaran akaun Facebooknya semalam menyatakan, beliau akan bersama dalam program berkenaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.