KUALA LUMPUR – Penyanyi Tajul Ariff bergelar bapa pada usia 23 tahun selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka malam tadi.
Berita gembira itu disambut penuh syukur di Instagram miliknya.
Bayi perempuan yang dilahirkan secara normal dengan berat 2.8 kilogram oleh Nurul Shamieza Eddie, 23, diberi nama Adriana Carissa.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu itu sebelum ini merahsiakan perkahwinan yang didirikan pada 10 Disember 2017.
Namun dia membuat pengakuan sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama, bulan lalu. – MalaysiaGazette