TERKINI : Hari Pertama Wee Jeck Seng “Angkat Sumpah dan Bertugas” di Parlimen

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sah menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, hari ini.

Majlis pada jam 10 pagi itu dimaklumkan di Dewan Rakyat di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof.

Menyaksikan majlis angkat sumpah adalah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa ahli Parlimen pembangkang.

Jeck Seng memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi.