Home Nasional ‘Kereta terbang’ bakal diuji menteri hanyalah dron?

‘Kereta terbang’ bakal diuji menteri hanyalah dron?

KUALA LUMPUR – ‘Kereta terbang’ yang akan diuji oleh Menteri Pembangunan Usahawan pada Khamis ini didakwa hanya sebuah dron bersaiz besar.

Menurut portal otomobil terkenal, paultan.org menelah perkara itu berdasarkan beberapa laporan sebelum itu berkaitan unit bernama Vector dan syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek itu ialah Aerodyne Group.

“Andaian ini tentulah sangat berasas; model skala Vector – yang ketika itu didakwa sebagai sebuah prototaip – pertama sekali muncul di depan khalayak ramai ketika pameran LIMA 2019 pada bulan Mac lalu dan ketika itu juga nama Aerodyne mula disebut-sebut dan dikaitkan dengan projek berkenaan.

“Petunjuk yang agak jelas waktu itu, ia merupakan sebuah projek yang melibatkan syarikat tempatan, dan ‘kereta terbang’ yang dimaksudkan ialah dron saiz besar yang menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI),” kata artikel di portal itu hari ini.

Namun, menurutnya, selepas berita tentang pandu uji ‘kereta terbang’ itu tersebar semalam dan selepas membuat pengesahan maklumat, sesi berkenaan yang direncanakan di adakan di Subang, Khamis ini sebenarnya tidak melibatkan Aerodyne Group.

“Serta-merta persoalan baru timbul; syarikat mana yang dimaksudkan oleh menteri tersebut, dan ‘kereta terbang’ yang mana satu akan diuji?

Untuk di bawa ke sini, ia didakwa melibatkan usaha sama EastCap Bhd dengan dua syarikat dari China iaitu EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited.

“Jelas sekali ini adalah syarikat kerjasama untuk membawa masuk dan menguruskan operasi dron besar berkenaan. Kembali menjadi persoalan ialah, jika Ehang itu adalah rekaan syarikat China, apa “pembangunan tempatan” yang ada pada model berkenaan, seperti yang kerap ditegaskan oleh menteri yang sama sebelum ini?” soal artikel yang sama.

Hari ini, menteri terbabit, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof di sini hari ini mengesahkan diri akan memandu uji ‘kereta terbang’ berkenaan tetapi dilakukan secara tertutup.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Menteri pandu uji sendiri kereta terbang Khamis ini

1 Komen

Comments are closed.