WASHINGTON – Presiden Donald Trump menafikan beliau mengalami serangan jantung selepas spekulasi mengenai lawatan tidak berjadualnya di sebuah hospital pada hujung minggu lalu berlarutan.
“Saya mempunyai rutin fizikal,” kata Trump yang media sebelum menghadiri mesyuarat Kabinet.
Tambahnya: “Saya keluar (hospital) dengan cepat dan kemudian pulang rumah”.
Trump berkata, pemeriksaan kesihatannya dijadualkan pada bulan Januari.
Beliau turut mengulangi dia berada di Walter Reed National Military Medical Center di Bethesda, Maryland, pada Sabtu lalu kerana melawat seorang keluarga seorang tentera yang cedera parah dan melawat hospital berkenaan.
Katanya, apabila beliau pulang ke White House, isterinya Melania berkata: “Sayang, adakah anda OK?. Mereka melaporkan awak mungkin mengalami serangan jantung”.
“Saya berkata, “Kenapa saya mempunyai serangan jantung/”
Melania menjawab: “Kerana anda pergi ke Pusat Perubatan Walter Reed.
“Saya berkata saya hanya berada di sana untuk tempoh masa yang sangat singkat”.
Trump berkata, beberapa orang juga menghubunginya untuk bertanya tentang kesihatannya selepas CNN melaporkan beliau mungkin mengalami serangan jantung.
Presiden Amerika Syarikat itu menyifatkan “media di negara ini sangat berbahaya”.
Trump, 73, adalah presiden paling tua ketika kali pertama mengangkat sumpah di White House.
Spekulasi mengenai kesihatan Trump semakin diperkatakan selepas kelibatnya tidak kelihatan selama dua hari selepas dilaporkan ke Walter Reed dengan diiringi beberapa kenderaan termasuk ambulans dan bukannya helikopter Marine One seperti biasa.
Pada malam Isnin, White House mengeluarkan memo yang mana doktor peribadi Trump, Sean Conley, berkata “pemeriksaan interim” adalah “rutin” dan hanya dirahsiakan kerana “ketidakpastian jadual”.
“Walaupun ada spekulasi presiden tidak mengalami kesakitan dada dan tidak dinilai atau dirawat untuk sebarang isu yang mendesak atau akut.
“Secara khusus beliau tidak menjalani sebarang pemeriksaan kardiak atau neurologi,” kata Conley. – MalaysiaGazette