Home Nasional Kekurangan kertas soalan Chemistry punca peperiksaan lewat

Kekurangan kertas soalan Chemistry punca peperiksaan lewat

JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan (LP) memohon maaf kepada semua calon yang menduduki peperiksaan Chemistry Kertas 3 – Amali Bertulis (Kod Kerta 4541/3) kerana terpaksa menduduki peperiksaan agak lewat.

Peperiksaan itu dijadual pada pukul 2 hingga 3.30 petang.

Tetapi disebabkan masalah teknikal kerana pusat peperiksaan terlibat mengalami kekurangan kertas soalan.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata perkara itu telah diselesaikan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh LP.

“Lembaga Peperiksaan amat kesal dengan kejadian yang berlaku dan memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh calon dan ibu bapa akibat masalah teknikal yang dihadapi.

“Lembaga Peperiksaan sedaya upaya memastikan kebajikan dan keadilan kepada calon sentiasa diberikan keutamaan,” menurut kenyataan itu sambil memaklumkan LP  mengambil perhatian serius terhadap perkara itu agar tidak berulang pada masa akan datang. – MalaysiaGazette