Home Dunia Lebih 100 orang maut dalam demonstrasi bantah harga bahan api naik di...

Lebih 100 orang maut dalam demonstrasi bantah harga bahan api naik di Iran

ANKARA – Sekurang-kurangnya 106 orang terbunuh dalam demonstrasi kerana membantah keputusan kerajaan Iran menaikkan harga bahan api, lapor agensi berita Anadolu memetik Amnesty International.

“Kira-kira 106 penunjuk perasaan di 21 bandar maut, menurut sumber boleh dipercayai oleh Amnesty International,” kata kumpulan hak asasi itu dalam satu laporan pada Selasa.

“Pertubuhan itu percaya angka kematian sebenar mungkin lebih ramai dengan ada beberapa laporan menyebut seramai 200 orang dikhuatiri terbunuh,” katanya.

Terdapat laporan mengenai kematian “beberapa penunjuk perasaan” dan sekurang-kurangnya empat anggota pasukan keselamatan, rakaman video dan imej turut menunjukkan penggunaan peluru hidup oleh pihak berkuasa, kata Amnesty.

“Pihak berkuasa perlu menamatkan serta-merta tindakan keras dan kejam ini dan tunjukkan rasa simpati sesama manusia,” kata pengarah penyelidikan dan sokongan untuk Timur Tengah dan Afrika Utara di Amnesty International kata Philip Luther.

Demonstrasi di seluruh Iran pada minggu lalu tercetus selepas kerajaan mengenakan catuan petrol dan menaikkan harga bahan api itu sekurang-kurangnya 50 peratus.

Sekurang-kurangnya 100 bank dan puluhan kedai dibakar, menurut agensi berita Mehr memetik pegawai keselamatan.

Menurut agensi berita Fars pula lebih 1,000 penunjuk perasaan telah ditangkap.-BERNAMA

1 Komen

  1. Demonstrasi besar spt itu di Iran biasanya ditaja oleh pihak2 Barat, boleh jadi juga regime sedia ada di Iran gagal mengekang ketidakpuasan hati rakyat peasants yg semakin susah dihimpit oleh kesan ekonomi merudum Iran

Comments are closed.