KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan agar kawasan Kampung Baru dibangunkan semula seiring dengan kemajuan pesat bandaraya Kuala Lumpur dan kekal relevan.
Namun dalam masa sama, baginda turut menekankan peri pentingnya susur galur sejarah Kampung Baru dipelihara, termasuk memulihara struktur bangunan ikonik dan mengekalkan nilai-nilai asal kawasan berkenaan, menurut laman Facebook Selangor Royal Office.
Terdahulu baginda menerima menghadap Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam bagi menyembah kepada baginda pelan pembangunan semula Kampong Baru dan isu-isu semasa yang berkaitan dengannya.
Turut menyertai rombongan beliau adalah wakil dari Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB). – MalaysiaGazette