TERKINI : PM Ada Kuasa “Boss Boleh Buat Apa Sahaja” – Datuk Liew Vui Keong

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai kuasa untuk merombak kabinet dan boleh buat apa sahaja yang beliau mahu atas prinsip prerogatif jawatannya itu.

Itu penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berhubung kenyataan Perdana Menteri semalam yang akan membuat rombakan kabinet sebelum November tahun depan.