KUALA LUMPUR – Gerakan mendakwa Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof menipu rakyat tentang kereta terbang yang dijanjikan sebelum ini.
Kata presiden parti itu, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, ia hanyalah super drone yang dimasuk dari negara China, sebab itulah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak memberikan kelulusan untuk sesi pandu uji dilakukan.
“Menurut beliau kereta terbang tersebut tidak dapat dipandu uji kerana tidak mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Sekaligus menimbulkan kontroversi kerana kereta terbang yang dijanjikan sebenarnya adalah sebuah super dron model EH216 yang dibawa masuk dari Negara China.
Malah permit khas penerbangan yang diberikan adalah untuk negara pengeluar sahaja.
Sekaligus membuktikkan bahawa kereta terbang yang dijanjikan adalah tipu semata-mata.
“Oleh demikian, katanya, rakyat semakin percaya bahawa kerajaan baru banyak helah untuk perdaya masyarakat. Maka tidak hairanlah kiranya ramai tampil kecam menteri terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dominic berkata ini membuktikan Pakatan Harapan (PH) hanya tahu menabur janji seperti mana manifesto parti itu pada pilihan raya yang lalu sehingga kini masih tidak dilaksanakan keselurhannya.
“Sehubungan itu, rakyat dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan janji-janji baru kerajaan PH kerana janji PRU lalu pun masih tidak tertunai sehingga sekarang,” ujarnya.
Terdahulu CAAM tidak memberi kelulusan untuk pandu uji penerbangan UAS E-Hang 216 (EH216) sepatutnya berlangsung semalam, sebaliknya yang berlangsung adalah tinjauan oleh Redzuan ini terhadap super drone di Subang.
Ini kerana, lokasi sepatutnya ujian penerbangan itu akan dilakukan iaitu UNIKL MIAT Hangar Subang, yang terletak kurang 200 meter dari trafik penerbangan komersial dan helikopter.
Malah, jelas lokasi ujian itu berada di Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pengawasan ketat oleh Kawalan Trafik Udara, kata CAAM dalam satu kenyataan hari ini.
Di samping itu menurut CAAM EH216 hanya memiliki Permit Penerbangan Khas (SFP) oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China yang terhad kepada penyelidikan & pembangunan penerbangan di Grand World Science Park, di Guangzhou.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: