Home Seni Hidup Finas peroleh pelaburan RM90.3 juta

Finas peroleh pelaburan RM90.3 juta

Datuk Hans Isaac. foto IQBAL BASRI, 11 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berjaya menarik minat lapan syarikat pengeluar filem asing bersama pelaburan berpotensi berjumlah RM90.3 juta.

Pengerusinya, Datuk Hans Isaac berkata, kejayaan itu diperolehi menerusi Insentif Filem Malaysia (FIMI) di MIPCOM 2019 yang berlangsung di Perancis pada 14 hingga 17 Oktober lalu.

Katanya, kejayaan itu juga dijangka mampu membuka peluang pekerjaan kerana antara syarat yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat asing itu menerusi insentif tersebut adalah mengupah pekerja produksi tempatan, katanya semasa sidan media di majlis ConnectASIA 2019 di sini hari ini.

MIPCOM adalah sebuah platform pemasaran bagi pengeluar filem dan televisyen, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia.

Menurut Hans, delegasi Malaysia yang menyertai ekspo tersebut berjaya meningkatkan kerjasama dan hubungan strategik dengan rakan-rakan dari Singapura, Perancis, United Kingdom, Korea, India dan Amerika Syarikat.

Tambahnya, langkah tersebut adalah sejajar dengan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kandungan kreatif dan pengeluaran filem.- Bernama