Home Sukan Malaysia mara ke final Sekolah-Sekolah Asia

Malaysia mara ke final Sekolah-Sekolah Asia

KUALA LUMPUR – Malaysia terus menambah derita Indonesia apabila menyingkirkan negara jiran itu pada separuh akhir Kejohanan Bawah 18 tahun (B-18) Sekolah Sekolah Asia 2019 di Stadium Batakan, Balikpapan, Indonesia malam tadi.

Skuad negara yang semuanya dibarisi pemain berusia 16 tahun mengetepikan pasukan B-18 Indonesia 5-3 menerusi sepakan penalti penentuan selepas kedua dua pasukan terikat 1-1 selepas masa sebenar.

Beraksi di hadapan 40,000 penyokong tuan rumah, anak buah Sabri Abd Saffar wajat dipuji apabila berjaya menguatkan mental untuk berdepan provokasi melampau daripada penyokong Indonesia.

Ini kerana tuan rumah masih ‘panas’ dengan kekalahan skuad senior mereka di tangan Harimau Malaya, pada Selasa lalu.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mara ke final untuk menempah pertemuan bersama Thailand.

Menerusi edisi lalu, skuad itu menamatkan saingan di tempat keempat. – MalaysiaGazette