Home Ekonomi Masih berharap China-AS tandatangani perjanjian perdagangan

Masih berharap China-AS tandatangani perjanjian perdagangan

HALIFAX – Penasihat Kebangsaan Amerika SYarikat, Robert O-Brien berkata, perjanjian awal dengan China diharap masih dapat dilakukan pada akhir tahun ini.

Namun, Washington tidak akan tutup mata dengan apa yang berlaku di Hong Kong.

Kenyataan itu menambah kebimbangan bahawa tindakan keras China terhadap protes anti-kerajaan di Hong Kong.

Jika itu berlaku ia akan merumitkan lagi usaha Amerika Syarikat dan China untuk mengakhiri perang perdagangan berpanjangan yang telah menggugat pasaran global dan menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi global.

“Kami berharap (satu fasa) perjanjian yang dilakukan pada akhir tahun ini. Saya masih berfikir bahawa iaberkemungkinan.

“Pada masa yang sama, kami tidak akan menyembunyikan apa yang berlaku di Hong Kong atau apa yang terjadi di Laut China Selatan, atau kawasan lain yang mana kami prihatin dengan aktiviti China,” katanya pada sidang keselamatan di Halifax.

Beliau berharap pilihan raya di Hong Kong akan diteruskan tanpa keganasan.
“Itu akan menjadi petanda yang baik,” katanya.

Presiden Donald Trump pada hari Jumaat berkata, beliau telah memberitahu Presiden China Xi Jinping bahawa usaha polis mematahkan penunjuk perasaan Hong Kong akan mempunyai “kesan negatif yang besar” terhadap usaha mencapai kesepakatan untuk menamatkan perang perdagangan selama 16 bulan.

Trump masih samar-samar sama ada akan menandatangani atau menggunakan veto undang-undang AS untuk menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong.

O’Brien berkata, beliau tidak bercakap kepada Trump mengenai keputusan Presiden Amerika Syarikat itu sama ada mahu menandatangani rang undang-undang hak asasi Hong Kong dan tidak tahu apa yang akan dilakukan Trump.

Bagaimanapun, beliau menyatakan Trump mempunyai masa sehingga awal Disember untuk membuat keputusan.
Perundangan itu secara automatik akan menjadi undang-undang pada 3 Disember jika Trump memilih untuk tidak melakukan apa-apa. – MalaysiaGazette