SHAH ALAM – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beberapa pemimpin UMNO yang meninggal parti itu dianggap oleh masyarakat setempat sebagai ‘najis mughallazah’ yang tidak wajar disentuh.
Dalam islam mughallazah merupakan najis paling berat yang wajib disamak atau sertu jika terkena.
Selain itu, mereka itu juga mendakwa tidak dipedulikan dalam Pakatan Harapan (PH) selepas lompat parti hingga menyebabkan ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin tersebut menyesali tindakan sendiri.
“Ada dalam kalangan mereka balik ke kawasan, negeri, solat Jumaat, tidak ada orang pedulikannya.
“Selepas solat Jumaat, tiada orang mahu bersalam, seolah-olah ada najis mughallazah,” katanya ketika berucap di Pelancaran Muafakat Nasional Selangor di Dewan KKC D’Laman Cinta Jalan Kebun.
Mengimbas kembali kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Presiden UMNO itu berkata, tindakan pemimpin UMNO yang meninggalkan parti tersebut pada akhirnya mendatangkan kebaikan kerana ia membersihkan parti itu.
“Reptilia diwujudkan dalam kalangan Ahli Parlimen, katak yang paling jauh lompatannya sambil melompat, kencing, adalah katak pisang. Itu pun kita maafkan.
“UMNO rasa mereka yang melompat di sana ada hikmahnya. kekotoran terkeluar dan terbersih cara sendirinya apabila mereka berada di sana.
“Saya tahu mereka menyesal, Tan Sri Noh Omar tahu, kawan-kawan kita itu juga berjumpa, mereka mahu masuk kembali.
“Tetapi saya kata di dalam Islam, dari segi munakahat hukum pernikahan talak ada 3, talak satu, talak dua boleh rujuk.
“Talak ketiga, tak boleh rujuk ada prosesnya,” katanya.
BN yang memenangi 79 kerusi semasa PRU-14, kini hanya tinggal 41 kerusi selepas beberapa wakil rakyatnya meninggalkan UMNO menyertai Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette
Iya, termasuklah MPs 7 Jahanam yg melompat kuar joined partai bunga, paling poyo MP Larut tuh
79 kerusi maknanya sebagai Parti tunggal yg terbesar di parlimen lah yer..hmmm..MP lompat parti yg paling bongok ialah Tok Pa..dah kita bg dia mcm2 kedudukan, dia kencing pengundi..siap ko Tok Pa
Betul tu YB. Dalam medan peperang tentera yg.lari dan berpaling tadah juga dianggap sebagai DAYUS. Bermakna orang yg.tiada bermaruah,pengecut , penakut dan pentingkan diri begitu juga ahli-ahli parti yg.tiada berpendirian sejati. Di Dewan perhimpunan angkat tangan berjanji dan bersumpah taat setia walau terpaksa menempuhi ranjau dan duri..lautan api tapi bila parti gah dihentam badai sedikit dah lari meninggalkan parti cakap tak serupa bikin.