HONG KONG – Ribuan pengundi Hong Kong sudah berada di beberapa pusat mengundi untuk pilihan raya majlis daerah melahir kebimbangan proses pengundian akan ditangguhkan berikutan berlaku kekacauan selama enam bulan di wilayah yang dimiliki China itu.
Serangan kejam ke atas calon-calon telah mendorong pemerintah paling rendah Hong Kong meraih perhatian pentas antarabangsa, dengan pilihan raya daerah dilihat sebagai barometer sokongan untuk pentadbiran Ketua Eksekutif, Carrie Lam.
Banyak yang melihat pemilihan ini sebagai “referendum” terhadap sokongan untuk gerakan protes anti-kerajaan, yang sedang bergelut dengan krisis politik terbesar dalam beberapa dekad ini.
Protes di Universiti Politeknik sudah memasuki hari ketujuh, dengan kampus yang dikelilingi oleh polis ketika beberapa penunjuk perasaan tetap berada di bilik-bilik darjah dan kakitangan-kakitangan bantuan kecemasan berada di sekitar kampus.
Orang ramai sudah berada di pusat mengundi sejak jam 7.30 pagi tetapi jumlah kehadiran polis masih kecil berbanding unjuran 31,000 orang yang dijangka bertugas semasa hari pengundian.
Kevin Lai, 45, berkata, dia beratur di luar sekolah rendah di Kowloon kerana bimbang tidak boleh mengundi.
“Beberapa orang bimbang pengundian akan dihentikan disebabkan alasan yang tidak jangkakan, mungkin ada protes,” katanya.
Manakala, Chan, 31, beratur di Pusat Sukan Fung Kam kerana bimbang jumlah pengundi yang ramai.
“Saya tidak pernah melihat keadaan pilihan raya seperti sekarang sebelum ini tetapi disebabkan situasi ini adalah penting untuk mengundi…saya rasa ramai yang berpendapat seperti saya,” katanya yang bekerja sebagai penjual.
Seramai 1,104 calon bertanding untuk kerusi pilihan raya bagi 452 daerah dan seramai 4.1 juta penduduk Hong Kong mendaftar untuk mengundi bagi kaunselor daerah, yang akan mengawal perbelanjaan dan membuat keputusan mengenai isu-isu kitar semula, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.
Beberapa kerusi yang tidak bertanding, dan dikuasai oleh calon pro-Beijing, kini diperjuangkan oleh aktivis pro-demokrasi muda.
Salah satu calon di Sha Tin ialah Jimmy Sham, merupakan penganjur beberapa perhimpunan anti-kerajaan dalam beberapa bulan kebelakangan yang dipukul oleh sekumpulan lelaki dengan pengetuk pada bulan Oktober.
Demonstrasi besar-besaran di Hong Kong tercetus selepas wilayah itu mahu memperkenalkan rang undang-undang yang membolehkan penduduk dihantar ke China untuk dibicarakan. – MalaysiaGazette