Home Politik UMNO tak boleh bergantung kepada kelemahan PH

UMNO tak boleh bergantung kepada kelemahan PH

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) adalah satu gerakan politik yang baik namun tidak harus dijadikan jaminan kemenangan UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, MN hanyalah salah satu strategi, bukan satu-satunya strategi untuk menang PRU.

Dalam masa yang sama, UMNO tidak boleh berharap kelemahan Pakatan Harapan semata-mata kerana sebagai kerajaan, Pakatan Harapan mampu membuat pelbagai kejutan pada PRU akan datang.

“Jika mahu menang PRU-15, UMNO sendiri harus mengukuhkan struktur parti, memperbaiki kelemahan lalu dan mengurangkan konflik dalaman parti.

“Dengan kata lain, jika mahu kekal relevan dan mendapat mandat dalam PRU akan datang, parti harus sedia berubah mengikut peredaran masa dan memahami kehendak rakyat,” kata Mohamad yang berkongsi ucapan beliau ketika menutup Konvensyen UMNO Negeri Sembilan petang tadi.

Tegasnya lagi, kekalahan UMNO pada PRU ke-14 yang lalu akibat pelbagai isu nasional dan tempatan serta faktor luaran dan dalaman.

Lantaran itu, UMNO tidak boleh berada dalam penafian mengenai punca-punca kekalahan lepas sehingga menyebabkan strategi tersasar.

Jadi, katanya, strategi UMNO untuk memenangi PRU -15 harus mengambil kira usaha mengatasi semua isu-isu ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Iya, semua warlords dalam kepimpinan UMNO wajib bersih dan membuang sifat sombong dan bongkak terhadap semua akar umbi, tidak akan hilang bisa jika menyusur akar, sudah sampai masa kepimpinan UMNO wajib melalui proses overhaul, kasi bersih cuci sebersih2nya, ada paham?

  2. Sebagai org lama dlm.umno saya merasakan apa yg di cakap.olih tok mat itu ada kebenaran nya itu,cuma saya berharap kepada zahid hamidi dan najib razak jika boleh jauhkan diri itu sadikit dgn umno demi kepentingan parti sebb angapan dan andaian org akan tercalar dgn nama ini disebbkan kes di mahkamah,dan kita tahu kedua dua org ini belum pun di jatuhkan hukuman olij mahkamah tapi dari segi lojik nya org mengatakan bahawa mereka telah melakukan perbuatan keji dan memalukan,dan jika boleh beri lah kepercayaan pd tok mat utk kendalikan parti ini,dan bagi pihak zahid hamidi rehat dan bercuti atau lepaskan jawatan presiden,supaya ahli ahli akan melihat apa yg kita kita ckp di kotakan
    Saya percaya dengan kepimpinan tok mat umno akan lebeh cemerlang lagi.

Comments are closed.