Home Dunia Bloomberg sertai saingan calon Presiden AS

Bloomberg sertai saingan calon Presiden AS

Michael Bloomberg. foto Agensi

WASHINGTON – Taikun media, Michael Bloomberg akan bertanding dalam perebutan jawatan Presiden Amerika Syarikat pada bulan November tahun depan.

Bloomberg mengesahkan penyertaannya tiga bulan sebelum pertandingan penamaan parti oleh negari negeri pertama.

“Saya mahu menjadi calon presiden untuk mengalahkan Donald Trump dan membina semula Amerika,” kata Bloomberg, bekas ahli politik Republikan berusia 77 tahun, dalam satu kenyataan ketika melancarkan kempennya.

Tambahnya: “Kita tidak mampu bertahan dengan sikap gelojoh dan tindak tidak beretika Presiden Trump untuk empat tahun lagi”.

Bloomberg akan bersaing dengan Naib Presiden, Joe Biden dan Pete Buttigieg, calon alternatif yang sederhana, selain Senator Elizabeth Warren dan Bernie Sanders.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bloomberg LP, yang juga seorang dermawan, Bloomberg memiliki kelebihan dari segi kewangan berbanding pesaing-pesaing Demokratik.

Beliau sudah pun membelanjakan sekurang-kurangnya AS$3 juta dalam kempen iklan televisyen di seluruh negara dalam tempoh dua minggu lagi. – MalaysiaGazette